Thursday, January 19, 2012

Buana Serpih Angkasa

Petikan daripada sebuah cerpen yang berjudul Buana Serpih Angkasa:

Mungkin kita perlukan kegawatan ekonomi, kita patut berterima kasih kepada Soros, mungkin negara ini perlu dihumbankan ke dalam gaung, segala-galanya jadi porak peranda, kerana derita akan menyatukan kita (Saharil Hasrin Sanin, 2002).

Lexicography: Dictionaries, compilers, critics, and users

Although there have been some "dictionary wars", and occasionally publishers are accused of "dictionary criminality", on the whole lexicography is a fairly innocent and innocuous activity variously described by their practitioners as "dull" (Samuel Johnson), "enjoyable" (James Hulbert), "exciting" (Eric Partridge), "tedious" (H.A. Gleason), "difficult" (Ladislav Zgusta), "like engineering" (Charles McGregor), "team work" (Bo Svensén), and "nothing less than the attempt to fashion a custom-made product on an assembly-line basis" (Sidney Landau).

Sunday, January 15, 2012

Jawapan terhadap ‘Mahasiswa Tong Kosong’ — Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

12 JAN — “The experience of my life, in which there has been no lack of either success or failures, has not only not destroyed my faith in the clear, bright future of mankind, but on the contrary, has given it an indestructible temper. This faith in reason, in truth, in human solidarity, which at the age of eighteen I took with me into the workers quarters of the provincial town of Nikolayev — this faith I have preserved more fully and completely. It has become more mature, but not less ardent”.
~ Leon Trotsky

“Concentrated politics”, yang merujuk kepada ekonomi oleh Trotskyism (pengikut Trosky) sebagai “inverted Trotskyism”, manjadikannya relevan sekurang-kurangnya sehingga hujung dekad hadapan. Penswastaan, pengurangan perbelanjaan awam serta pengurangan cukai kepada golongan kaya masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini.

Wujud kerisauan yang mendalam ketika saya membaca artikel “Mahasiswa Tong Kosong Jangan Mimpi Nak Takluk Dunia” yang tersiar di ruangan Side Views, The Malaysian Insider bertarikh 8 Januari 2012 oleh Ariff Yasir Zulkafli, pelajar Kejuruteraan Kimia dan Biologi di Universiti Gumma, Tokyo merangkap Pengerusi Kelab Umno Tokyo. Tulisan yang ringkas itu, begitu celaru, malah penuh dengan “derivative” yang meng-”distort” kesemua idea-ideanya yang mulus tetapi “imprecise” menurut saya.

Mari kita lihat kecelaruan penulis yang pertama. Penulis (saya maksudkan saudara Ariff) tidak mendefinisikan apa mahasiswa tong kosong menurut pemahamannya. Menurut penulis, mahasiswa tong kosong adalah mahasiswa yang sibuk berpartisipasi di dalam demonstrasi. Ini kerana menurut penulis, mahasiswa telah diperalatkan. Stockholm Syndrome yang pertama; penulis merasakan beliau bukan mahasiswa tong kosong kerana beliau menulis sebagai wakil Pengerusi kelab Umno Tokyo. Ini, sarkas yang pertama.

Kecelaruan penulis yang kedua adalah apabila beliau mengasosiasikan tujuan mahasiswa berada di menara gading dengan partisipasi politik. Cubaan penulis untuk memberi gambaran negatif terhadap dua perkara yang berbeza, adalah sangat tidak beretika dan tidak adil. Pandangan ringkas saya, mahasiswa ke menara gading adalah untuk menuntut ilmu, bukan menganggotai mana-mana pertubuhan berasaskan kaum di luar negara untuk mendapat dana dan membuat aktiviti makan-makan setiap minggu. Partisipasi politik? Ini Stockholm Syndrome kedua penulis. Kalau menulis pun mewakili parti politik, jangan bercakap soal mahasiswa yang diperalat dan dipergunakan. Ini, sarkas yang kedua.

Kecelaruan penulis yang seterusnya adalah apabila beliau menggambarkan kebebasan akademik dan kebebasan berpolitik sebagai dua entiti yang berlainan. Kebebasan berpolitik, adalah sebahagian dari item kebebasan akademik. Pandangan makro ini yang cuba disorokkan oleh penulis, menggambarkan penulis sebagai penulis cetek yang kurang membaca.

Maaf kata, tetapi jika penulis masih tidak benar faham apa yang dimaksudkan oleh terma kebebasan akademik, ianya haruslah tidak terbatas semata-mata terhadap fokus kebebasan pengajar mengajar dan mengamalkan, serta kebebasan pelajar belajar dan mengamalkan. Ianya, lebih besar dari itu kerana ia bukan sekadar teori, tetapi adalah praktis yang membumi. Ketidakfahaman dan kegagalan penulis untuk faham terma asas ini, adalah Stockholm Syndrome penulis yang paling malang. Sudahlah tidak faham, cuba-cuba pula untuk mengajar orang lain. Sungguh sarkaslah!

Beberapa kecelaruan lain yang jelas kelihatan adalah apabila penulis mengaitkan partisipasi politik dengan status pelajaran mahasiswa, menyalahgunakan duit PTPTN untuk berpolitik, selain juga memberi contoh-contoh tidak relevan seperti mahasiswa Jepun (rakyat Malaysia atau Jepun, tidak pula dinyatakan?) yang sibuk menelaah pelajaran dan bahasa kedua atau sibuk mencari duit tambahan hingga tiada masa menyertai demonstrasi. Sungguh saya tidak nampak kaitan di antara status pelajaran, PTPTN serta contoh mahasiswa di Jepun dengan hujah penulis.

Aristotle Syllogistic vs Stoic Syllogystic

Ini silogism mudah untuk melihat betapa rancu dan celarunya pemikiran saudara Ariff. A = B, B = C, maka A = C. Mahasiswa keluar demo = mahasiswa berprestasi rendah; mahasiswa berprestasi rendah = mahasiswa tong kosong; maka mahasiswa keluar demo = mahasiswa tong kosong. Ini sama seperti kucing = hitam, hitam = televisyen; maka kucing = televisyen.

Ini logik mudah. Saya tidak fikir limitasi perlu untuk sesebuah partisipasi. Anda tentukan, anda terima konsekuennya. Anda mahu melibatkan diri, pandai-pandailah anda imbang waktu dengan bijak. Malah saya fikir, mahasiswa yang lebih banyak berpartisipasi dalam pelbagai lapangan adalah 10 kali lebih baik daripada mahasiswa kangkung yang hanya duduk di biliknya bermain Dota dan Facebook. Kecelaruan inilah yang melingkari pemikiran penulis. Lingkungan sempit pemikirannya hanya mengiktiraf ilmu sebagai dapatan akal dalam tempoh waktu pembelajaran di kampus.

Pemusatan idea seperti ini, menyebabkan universiti di negara kita kontang idea dan falsafah. Pembelajaran formal dilakukan semata-mata memenuhi kehendak pasaran. Universiti, malah bukan lagi menjadi gelanggang untuk anak muda bereksperimentasi dengan pengalaman hidup, atau mematangkan pemikirannya dengan masalah masyarakat. Graduan yang keluar berbangga hanya dengan seketul skrol, bukan keluar berbangga sebagai de facto penyelesai masalah masyarakat.

Materialisme Sikap

Saya fikir masalah utama kita bukan masalah mahasiswa tong kosong. Masalah kita adalah kita punyai puluhan ribu mahasiswa yang tidak bersikap. Mereka tidak peduli dengan masalah ekonomi. Mereka tidak peduli dengan masalah masyarakat. Mereka malahan tidak mengambil tahu hal-hal semasa. Di mana mahasiswa jurusan ekonomi, ketika negara sibuk berdebat soal GST? Oh ya, mereka sibuk menelaah pelajaran barangkali.

Wow! Menelaah? Pun begitu, universiti kita masih jauh dari kedudukan 100 terbaik dunia? Jika begitu, apalah gunanya mahasiswa yang sibuk menelaah tersebut? Sudahlah universiti tidak tersenarai di dalam ranking dunia, mengambil tahu hal semasa, ekonomi, masalah masyarakat pun tidak?

Ini masalah sebenar kita. Masalah kita bukan Adam Adli atau Safwan Anang. Adam Adli dan Safwan Anang terhasil akibat vakum yang dibina oleh AUKU ini. Masalah kita, mahasiswa kita hanyut dengan “post-modern hedonism”, mereka lebih gemar bicara soal Maharaja Lawak, Mentor atau Showdown daripada bicara hal politik. Mahasiswa kita, lebih gemar memerap di dalam bilik melayan Dota dan Facebook seharian suntuk, daripada menjadi komrad kepada “front” anak muda.

Adam Adli dan Safwan Anang adalah contoh klasik bagaimana mahasiswa seharusnya mematerialkan sikap mereka. Walau tidak 100 peratus saya bersetuju dengan tindakan mereka, sekurang-kurangnya masih wujud anak muda yang percaya dengan dirinya sendiri, telah memilih jalur perjuangan yang ingin ditempuhi serta konsisten terhadap kepercayaanya sendiri; di antara kesan mahasiswa yang telah membebaskan dirinya dari sindrom “captive mind”.

UPSI vs Cambridge?

Saya tidak pasti kemana hala tuju yang sedang kita harungi kini. Di UPSI, 7,000 graduannya masih menganggur. Ketika masing-masing sibuk menguatkuasakan AUKU (Adam Adli yang terbaru, Abd Aziz Bari sebagai contoh), tiada satu pun universiti di negara ini meluncur ke hadapan dalam ranking THES. UITM awal-awal lagi mengangkat tangan mengundur diri, sedar ketidakmampuannya untuk bersaing di peringkat global. Adakah ini kesan AUKU yang telah dilaksana sejak 30 tahun yang lalu?

Yang lebih malang, AUKU mempercepat kesan pengagihan kelas. Mahasiswa luar negara seperti saudara Ariff di Tokyo dibenarkan berpartisipasi dalam politik, tetapi mengapa mahasiswa dalam negara dikenakan akta seperti AUKU? Mahasiswa yang menyokong kelab Umno luar negara kelak akan kembali menjadi elitis, yang akan meneruskan legasi Umno sebagai pemimpin negara. Manakala mahasiswa dalam negara, akan kekal dibiarkan hanyut dalam buai hedonisme yang tersedia.

Mahasiswa yang mempunyai sikap, cuba mencari jawapan akan dituduh sebagai anti-nasionalis, dengan segala macam tuduhan liar seperti tong kosong dan sebagainya. Masalah ini kita hadapi kerana kita penjarakan ilmu hanya di kampus-kampus dan fakulti-fakulti.

Saya hairan, ke mana sekian banyak profesor dan akademia kita, apabila masyarakat memerlukan jawapan seperti ketirisan wang perbelanjaan negara mencecah 150 bilion pada tahun 2009? Pensyarah tidak dibenarkan memberi pandangan. Pelajar lebih sadis, tidak dibenarkan bertanya. Ilmu hanya boleh didapati sehingga pagar kampus dan fakulti.

Sekian banyak masalah negara, masalah ekonomi, masalah perkhidmatan, masalah kebajikan, masalah campurtangan badan eksekutif terhadap judisiari, masyarakat ditinggalkan terkial-kial mencari jawapan sendiri. Dan yang lebih menarik, di tengah kekalutan ini, universiti kita masih ketinggalan di belakang walau pelajar dan ahli akademia tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif di dalam masalah masyarakat. Di mana Universiti Malaya, berbanding Oxford, Cambridge ataupun Harvard untuk Times Higher Education Review 2011?

Stockholm Syndrome dan Mahasiswa “Ignorance”

Saya tidak pasti adakah saudara Ariff Yasir Zulkafli dalam keadaan sedar atau tidak ketika menulis artikel tersebut. Tulisannya penuh dengan idea sarkas, walau saya percaya penulis mempunyai ilmu yang penuh di dada. Yang dapat saya pastikan, penulis yang celaru dan keliru ini, penghidap Stockholm Syndrome.

Tak perlu menurut saya untuk melabel kumpulan tertentu sebagai tong kosong kerana ianya kelihatan sungguh “parody”. Menurut saya pula, anak muda, mahasiswa, jika penuh ilmu di dada sekalipun, tetapi tidak mampu turun ke masyarakat untuk menyelesaikan masalah masyarakat, berpartisipasi secara aktif serta tegas bersikap atau boleh digelar mahasiswa “ignorance”, juga adalah “mahasiswa tong kosong”!

Enam bulan sebelum dibunuh, Trosky menulis; “I can see the bright green strip of grass beneath the wall, and the clear blue sky above the wall, and sunlight everywhere. Life is beautiful. Let the future generations cleanse it of all evil, oppression, and violence and enjoy it to the full”.

Ah dunia, penuh dengan realiti ironi bukan?

* Zul Fikri Zamir bukan Pengerusi Kelab Umno Luar Negara, tidak pula mampu untuk mengaji Kejuruteraan Kimia dan Biologi di Jepun. Beliau hanyalah seorang penuntut pasca-siswazah di salah sebuah IPTA dalam negara.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Diakses melalui http://www.themalaysianinsider.com/mobile/sideviews/article/jawapan-terhadap-mahasiswa-tong-kosong-zul-fikri-zamir-mohamad-munir/