Monday, December 5, 2011

Kelantan Dalam Perspektif Sosio-budaya: Satu Kumpulan Esei

Dari segi bahasa, penduduk Kelantan mempunyai dialeknya tersendiri yang merupakan satu lambang sosio-budaya wilayahnya. Dialek Kelantan memainkan peranan bukan sahaja sebagai alat komunikasi malahan juga penting sebagai penyatuan sosial dan budaya dan lambang identiti. Aspek ini telah dibicarakan oleh Saudari Nik Safiah Karim, seorang ahli bahasa yang berasal dari Kelantan. Seperti yang telah dikatakan, sosio-budaya Kelantan itu merupakan sebahagian daripada sosio-budaya Melayu yang lebih luas; demikian juga halnya dalam konteks dialek Kelantan. Dalam eseinya, Saudara Abdul Hamid Mahmood menarik perhatian kita mengenai pengaruh dialek Kelantan terhadap Bahasa Malaysia.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kedudukan negeri Kelantan di pantai timur agak berjauhan daripada pusat-pusat perubahan di pantai barat Semenanjung Malaysia; namun demikian Kelantan tidak ketinggalan mengalami perubahan dalam berbagai-bagai bidang. Dalam bidang kesusasteraan Kelantan sejak awal lagi telah menghasilkan penulis-penulis kreatif yang berbakat. Saudara Abdullah Tahir memperkatakan kemunculan dan kegiatan penulis-penulis kreatif Kelantan sebelum Perang hingga kini, sedangkan Saudara Hashim Awang menumpukan perhatian terhadap penulisan cerpen Melayu di Kelantan sebelum Perang. Perkumpulan-perkumpulan Penulis di Kelantan memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya-karya kreatif. Hal ini diperkatakan secara mendalam oleh Saudara A. Wahab Ali. Tokoh-tokoh penulis Kelantan dikenali umum melalui hasil-hasil mereka yang bermutu tinggi. S. Othman Kelantan menganalisis secara mendalam salah seorang tokoh penulis di Kelantan yang terkemuka iaitu Abdul Kadir Adabi. Bidang yang ditumpukan oleh para pengkaji bukan sahaja mengenai kesusasteraan moden; hasil tradisi lisan yang banyak terdapat di Kelantan juga merupakan warisan yang penting. Salah satu tradisi lisan terkemuka ialah cerita-cerita Selampit yang dibicarakan oleh Saudari Siti Aishah Mat Ali. Penghasilan kesusasteraan di Kelantan merupakan sebahagian daripada kesusasteraan Melayu yang lebih luas. Sesungguhnya sumbangan penulis-penulis Kelantan telah menambahkan khazanah kesusasteraan Melayu umumnya.

    ReplyDelete