Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan atau penukaran sesuatu utusan daripada individu kepada individu lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan media massa (Samsudin A. Rahim, 1992).
Komunikasi antara manusia merupakan satu disiplin pengajian akademik yang masih baru. Di negara ini pengajian komunikasi secara ilmiah hanya diperkenalkan pada awal tahun 1970-an di beberapa institusi pengajian tinggi. Ada pendapat mengatakan bahwa bidang komunikasi ini masih belum boleh dianggap sebagai satu disiplin akademik yang tersendiri kerana kebanyakan konsep dan teori asasnya adalah berasal daripada bidang akademik yang lain seperti psikologi, sosiologi, sains politik, dan juga ekonomi. Tetapi dalam proses perkembangan disiplin ilmu ini, konsep dan teori yang dipinjam daripada disiplin lain telah mantap, sehingga muncul teori-teori, paradigma pembelajaran, konsep, dan pendekatan metodologi komunikasi yang tersendiri. Begitu juga hasil daripada penyelidikan komunikasi telah terhimpun timbunan data tentang tingkah laku komunikasi. Dengan perkataan lain, disiplin komunikasi antara manusia ini telah mencapai kedewasaan dan kini bolehlah dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang telah mencapai kematangan (Samsudin A. Rahim, 1992).
ReplyDeleteTakrifan
ReplyDeleteIstilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, communication. Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu "communcare", yang bermaksud "to make common" atau mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Kita sedar bahawa penyelidikan komunikasi ini telah dikendalikan oleh pengkaji-pengkaji daripada pelbagai bidang. Dengan itu, takrifan mereka terhadap komunikasi juga dipengaruhi oleh bidang ilmu mereka.
Sebelum kita berbincang dengan lebih terperinci tentang pelbagai takrifan komunikasi, eloklah kita meneliti makna asas istilah komunikasi itu sendiri. Pada keseluruhannya empat perkataan penting dalam takrifannya adalah pengiriman, penyebaran, pemindahan dan tindak balas (Samsudin A. Rahim, 1992).
Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan sesuatu kekurangan dalam hidup kita.
ReplyDeleteDari awal pagi ketika kita mencelikkan mata sehinggalah kita tidur, kita sentiasa berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain sama ada melalui tulisan, pertuturan ataupun melalui gerak badan dan air muka kita. Memandangkan komunikasi telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita, ramai daripada kita menganggap kebolehan itu ialah satu kebolehan semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita.
Oleh kerana itu, tidak ramai daripada kita yang ingin cuba belajar cara-cara berkomunikasi untk meningkatkan kekesanan komunikasi. Sebenarnya kebolehan komunikasi seseorang individu itu boleh dipertingkatkan lagi sekiranya ia memahami unsur-unsur penting dalam proses komunikasi (Samsudin A. Rahim, 1992).
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSiapakah Khalayak?
ReplyDeleteDalam komunikasi antara individu, sumber dan penerima berada dalam keadaan bersemuka. Keadaan ini membolehkan sumber dan penerima mengenali antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya keadaan tersebut membolehkan sumber mengetahui reaksi penerima terhadap utusan yang disampaikan kepada penerima. Walau bagaimanapun, dalam komunikasi massa, sumber dan penerima adalah terpisah. Penerima komunikasi massa yang dinamakan khalayak ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada penerima komunikasi antara individu.
Antaranya ialah:
(a) Khalayak adalah terpisah daripada sumber komunikasi massa. Sumber tidak mengenali individu-individu yang menjadi khalayaknya. Yang dimaksudkan dengan "mengenali" dalam konteks ini ialah kenal setiap individu khalayak secara peribadi dan tahu minat dan cita rasa mereka secara khusus. Walau bagaimanapun sumber sekurang-kurangnya mengenali khalayaknya secara umum seperti umur, pendapatan, jantina, kawasan tempat tinggal, dan bangsa.
(b) Jumlah individu yang boleh dirangkum sebagai khalayak adalah "ramai". Dalam konteks ini jumlah "ramai" adalah relatif. Bilangan individu khalayak yang membaca akhbar Watan mungkin lebih kecil daripada yang membaca Utusan Malaysia. Begitu juga individu khalayak yang mendengar ucapan menteri ketika merasmikan sesuatu projek pembangunan adalah kecil jumlahnya berbanding dengan mereka yang mendengar ucapan Selamat Hari Raya daripada Perdana Menteri melalui Radio dan Television Malaysia (RTM). Dengan itu jumlah "ramai" itu tidaklah berdasarkan sesuatu bilangan yang khusus. Tetapi di sebaliknya "ramai" adalah konsep relatif yang digunakan untuk menggambarkan bahawa sumber tidak dapat berinteraksi dengan individu khalayaknya secara bersemuka.
(c) Khalayak adalah terdiri daripada individu yang beraneka ragam. Setiap individu mempunyai tabii, minat dan cita rasa yang berbeza. Perbezaan itu adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran seperti sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai. Perbezaan antara individu juga boleh disebabkan oleh fahaman agama, politik, pendidikan, kebudayaan, ataupun generasi hidupnya.
Tidak semua orang awam boleh dianggap sebagai khalayak. Khalayak adalah terdiri daripada individu yang memilih untuk mendedahkan diri mereka kepada sesuatu utusan yang disampaikan oleh sumber komunikasi, sama ada daripada seorang pemidato atau media massa (Festinger, 1957). Sebagai individu, kita dengan sendirinya dianggap sebagai orang awam. Tetapi untuk dianggap sebagai khalayak, kita mestilah membuat sesuatu tindakan seperti mendengar ceramah, menonton televisyen, mendengar radio, atau membaca akhbar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePengiklanan: Takrifan
ReplyDeletePengiklanan ditakrifkan sebagai "apa juga bentuk persembahan dan promosi idea, barangan atau perkhidmatan bukan peribadi yang berbayar oleh penaja yang dikenali" (Mandell, 1980). Pengiklanan berbeza daripada publisiti kerana pengiklanan pada asasnya dibayar secara langsung dan penajanya boleh dikenali dengan pasti. Walau bagaimanapun publisiti hanya merujuk kepada berita tentang sesuatu barangan, perkhidmatan, institusi ataupun orang perseorangan yang tidak dibayar oleh penaja. Pengiklanan juga berbeza dengan jualan sendirian (personal selling) kerana pengiklanan berbentuk persembahan bukan peribadi walaupun utusan pengiklanan ditujukan kepada individu tetapi penyampainya tidak dilakukan sendiri oleh penjual secara peribadi.
Pengiklanan pada umumnya digunakan untuk membantu menjual barangan dan perkhidmatan pengguna. Ia juga digunakan untuk menjual idea. Sejak kebelakangan ini pengiklanan juga digunakan bukan sahaja untuk tujuan perdagangan, tetapi juga untuk tujuan sosial dan politik. Misalnya, parti politik menggunakan iklan untuk tujuan memancing undi, pertubuhan kebajikan menggunakan iklan untuk mendapatkan derma untuk tabung kewangannya. Tumpuan utama pengiklanan dalam apa bentuk sekalipun adalah untuk meningkatkan permintaan terhadap sesuatu barangan ataupun untuk meningkatkan permintaan terhadap sesuatu jenama barangan (Samsudin A. Rahim, 1992).
Gaya Bahasa dalam Komunikasi
ReplyDeleteHashim Awang (1987: 290) menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.
Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.
Profesor Dr Samsudin A. Rahim merupakan ahli akademik di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi, Selangor Darul Ehsan.
ReplyDeleteKuasai Media - Kuasai Dunia
ReplyDeleteOleh: Anuar Manshor
"Dunia akan dikuasai jika berjaya menguasai media!"
Itu yang berjaya dilakukan oleh Rupert Murdoch. News of the World ditutup pun beliau masih lagi mampu senyum-senyum sahaja. Kerana beliau masih lagi menguasai Fox TV, New York Post, London Times dan lain-lain.
Begitu jugalah dengan Mark Zuckerberg yang menguasai dunia dengan media Facebook.
Media juga menjadi satu hal tuntutan Bersih 2.0 kerana Pakatan Rakyat tidak diberikan ruang sebagaimana yang diperoleh Barisan Nasional. Perkara yang sama, kerana Pakatan Rakyat tidak menguasai media yang mainstream.
Hal media menjadi KPI saya di ITNM. Dalam setahun ini, unit saya perlu mencapai RM.... juta bagi tahun 2011. Namun alhamdulillah kerana KPI itu sudah berjaya dicapai kerana banyak dibantu oleh pelbagai acara besar seperti pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal dan penyertaan ITNM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Rakan-rakan wartawan pun banyak membantu menulis/mengkritik ITNM dalam akhbar, TV dan radio.
Namun bagaimana pula KPI media pada tahun 2012 nanti? Itu menjadi cabaran kami!
Ada orang bertanya, kalau return on investment (ROI) tinggi pun, adakah ia membantu jualan buku dan perkhidmatan ITNM? Pengiraan ROI ada caranya. Saya pun mengetahuinya selepas diajar oleh mantan bos saya, Puan Zini yang kini menjadi bos PR di Kementerian Dalam Negeri.
Untuk menjawab soalan orang yang bertanya itu tadi, jawapannya lihat sahaja bagaimana George W. Bush boleh menang dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi penggal kedua. Banyak orang menjangkakan anak Presiden Bush yang juga bernama Bush ini akan kalah ekoran kegagalan beliau dalam Perang Iraq.
Walaupun orang kata Bush ini bodoh orangnya, tetapi orang di sekelilingnya sebenarnya bijak belaka. Mereka bijak memanipulasikan media sehingga menjadikan Perang Iraq itu merupakan usaha keselamatan rakyat AS dan janjinya kepada kemakmuran ekonomi. Semuanya dimanipulasikan dengan media. Semua penulisan tentang Bush pada ketika itu akan dihantar kepada pasukan pilihanraya Bush untuk pengesahan, dan disiarkan di beberapa media utama di AS. Akhirnya John Kerry kalah kerana beliau kurang efektif menggunakan media.
Cuma tidak semua orang yang bijak berkaitan media ini boleh kekal lama. Saya ambil contoh Helen Thomas yang telah bertugas sebagai petugas media di White House sejak tahun 1960 pun akhirnya dipecat oleh Presiden Obama. Walaupun rekodnya cemerlang kerana pernah bertugas dengan 10 Presiden AS, hanya kerana kritikan pedasnya terhadap Israel, Obama pun menjadi "kecut" dengan pelobi Israel yang menaikkan namanya.
Diakses melalui http://anuarmanshor.blogspot.com/2011/07/kuasai-media-kuasai-dunia.html
Nota hujung:
Saudara Anuar Manshor kini bertugas di Jabatan Buku Malaysia, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang dulunya dikenal sebagai ITNM.